TyIcKooUnS


TYICKOOUNS adalah gabungan perkataan TYCOON dan TIKUS arahan Izan Hailmey Mokhtar seorang pengarah dokumentari dan filem iklan bebas, merupakan sebuah paparan kehidupan manusia yang pelbagai. Tikus adalah antara simbolik dalam filem ini yang sentiasa mencari peluang dan ruang untuk meragut serta merampas hasil orang lain.

Rentetan TYICKOOUNS bermula di kampung Ciem Pang yang merupakan sebuah kampung terpencil diduduki golongan yang dibuang negeri dan dipulaukan oleh masyarakat. Gelaran kampung ini, ‘Ciem Pang’, diperoleh daripada nama seorang bekas gerila yang melarikan diri dari tahanan dan bersembunyi di kampung tersebut. Senario di Ciem Pang termasuk anak-anak kecil semakin terbiar tidak bersekolah, remaja yang bebas tanpa kepercayaan, ibu dan bapa pula tidak diketahui kesahihan perkahwinan mereka, golongan muda yang semakin kurang ajar dan aktif dengan kumpulan-kumpulan samseng berterusan sehinggalah Tycoon Baha datang bersama angkatannya dari Bandar Besar Pongga termasuk Cikgu Gadak dan Kang Derry ingin mengubah nasib penduduk kampung ini. Perubahan yang dibawa Tycoon Baha ini tidak disenangi beberapa pihak yang akhirnya membawa kepada pembunuhan beliau. Bagaimanakah kesudahan kisah di kampung Ciem Pang?. Apakah ada suatu perubahan demi mengekalkan suasana harmoni yang dibawa oleh Tycoon Baha?.

...