Filem pendek ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang hidup dengan adiknya, dia hanya bekerja sebagai seorang tukang sapu di sesebuah syarikat. sepanjang perjalanannya ketempat kerja sehinggalah habis bekerja, pelbagai peristiwa yang disaksikannya berlaku. Peristiwa-peristiwa tersebut amat berkait rapat mengenai isu-isu hak asasi manusia, selain memaparkan reaksi dan penerimaan kebanyakan masyarakat di dalam menghadapi isu-isu tersebut. Isu-isu seperti kes rogol, isu kewarganegaraan, penyalahgunaan wang dan kuasa oleh pihak atasan terhadap masyarakat, penindasan sosial terhadap golongan masyarakat miskin, rasisme dan diskriminasi agama dipaparkan di dalam setiap babak peristiwa. Filem pendek ini bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap masyarakat mengenai isu-isu hak asasi manusia yang sedang berlaku di dunia khususnya di Malaysia, dan berfikir serta mula membuat perubahan bermula daripada diri seterusnya terhadap masyarakat bagi mengubah masalah-masalah ini.